KHIDMAT CUKUR RAMBUT & TAHNIK

Majlis Tahnik disunatkan diadakan selepas anak dilahirkan. Tahnik ialah mengunyah buah kurma/tamar /madu (selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan diletakkan sedikit pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis agar membuat bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut. Selain itu, tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil serta mengajak anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar.

Mencukurkan seluruh rambut anak kecil yang baru dilahirkan pada hari ke-7 adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain merancakkan pemikiran dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.  Sesiapa sahaja dibenarkan untuk menggunting rambut bayi tetapi yang lebih baik penggunting itu adalah dari kalangan orang yang soleh dan keluarga terdekat.

Kami menyediakan khidmat untuk memimpin dan mengadakan majlis tahnik dan cukur rambut ini. Sila hubungi pihak Ikhwan Services untuk sebarang pertanyaan atau tempahan khidmat ini sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal sebelum majlis ingin diadakan.

Khidmat Pengurusan Uri kami dilakukan agar memudahkan anda. Pegawai kami akan mengambil uri dari hospital, dibersihkan dan dibalut dengan kain putih untuk ditanam dikawasan perkubukan Pusara Abadi setelah kami mendapat permit dari NEA. Video pengurusan akan diberikan.

Kami juga menerima amanah untuk melakukan Aqiqah sepanjang tahun di Kemboja untuk bayi yang baru lahir. Kambing Aqiqah akan disembelih di Kemboja dan diberikan jamuan kepada penduduk miskin di Kemboja dan Indonesia.

Hubungi kami melalu WhatsApp / Telefon kami di talian: 8022 0546 untuk mendapatkan khidmat kami.