Majlis Tahlil / Doa Selamat & Majlis Kesyukuran

Bagi mereka yang memerlukan khidmat juru tahlil untuk memimpin dan mengadakan majlis seperti tahlil arwah, majlis kesyukuran dan doa selamat.

Khidmat yang disediakan ini dikendalikan secara sendirian atau berkumpulan.

Khidmat Maulid / Kumpulan Marhaban

Bacaan Maulid Dibaie’ atau Maulid Barzanji ialah suatu doa-doa, puji-pujian dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad saw. yang dilafazkan dengan suatu irama atau nada yang biasa dibacakan ketika majlis cukur rambut, tahnik, aqiqah, khatan, perkahwinan atau Maulidur Rasul. Isi kitab dan qasidah ini menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad, yang disebutkan secara berturutan mengenai salasilah keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda sehingga diangkat menjadi rasul. Di dalamnya juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad, serta pelbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.

Kebiasaan masyarakat Melayu Islam di Nusantara mengadakan bacaan Maulid sewaktu majlis-majlis keramaian seperti tahnik, cukur rambut, persandingan dan majlis kesyukuran.  Majlis diadakan dalam masa 1 – 1.5jam.

Sila hubungi pihak ketua kumpulan berikut untuk sebarang pertanyaan atau tempahan khidmat ini sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal sebelum acara berlangsung.

Kumpulan Ilhan Damai: Saudara Irwan (Hp:87170443) atau Saudara Khairul (Hp: 93861597)

Kumpulan Nurul Badri: Hj Yusope  (97697472)

 

(Kumpulan diatas hanyalah saranan dari pihak Ikhwan Services dan bukan dari kumpulan kami, harap maklum.)