Majlis Tahnik disunatkan diadakan selepas anak dilahirkan. Tahnik ialah mengunyah buah kurma/tamar /madu (selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan diletakkan sedikit pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis agar membuat bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut. Selain itu, tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil serta mengajak anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar.

Mencukurkan seluruh rambut anak kecil yang baru dilahirkan pada hari ke-7 adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain merancakkan pemikiran dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru.  Sesiapa sahaja dibenarkan untuk menggunting rambut bayi tetapi yang lebih baik penggunting itu adalah dari kalangan orang yang soleh dan keluarga terdekat.

Kami menyediakan khidmat untuk memimpin dan mengadakan majlis tahnik dan cukur rambut ini. Sila hubungi pihak Ikhwan Services untuk sebarang pertanyaan atau tempahan khidmat ini sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal sebelum majlis ingin diadakan.

Kami juga menerima amanah untuk melakukan Aqiqah sepanjang tahun di Kemboja untuk bayi yang baru lahir. Kambing Aqiqah akan disembelih di Kemboja dan diberikan jamuan kepada penduduk miskin di Perkampungan oranng Islam Cham. Harga untuk 1 ekor kambing aqiqah dengan jamuan ialah $290.

Habuan untuk Majlis Tahnik & Cukur Rambut
Kos Transportasi Sila hubungi kami

Dibawah adalah antara Bayi-Bayi yang sedang dicukur rambutnya pada hari ke 7 selepas kelahiran oleh Ikhwan Services.

IMG_5815 IMG_5947

photo  537446_4769637073218_2092830755_n   10ca8e61196cb28f23948435d57698fd